Friday : Apr 18, 2014
 
 

 

 
 
  Petani Gelisah Tentang Perubahan Daun Padi (China Press: 18-04-2011) - MOA

Dengan hormatnya saya merujuk kepada aduan di ruangan Sentral akhbar China Press (muka surat  C1) bertarikh 18 April 2011 mengenaiPetani Gelisah Tentang Perubahan Daun Padi: Mengesyaki Spesies Berubah Lalu Meminta Bantuan Kementerian Pertanian.

 

Untuk makluman, pada 20 April 2011 (Rabu), Pihak Unit Perlindungan Tanaman & Kuarantin Tumbuhan Sg. Burong (UPTKT Sg. Burong) bersama-sama Pegawai Jabatan Pertanian bersama 3 wakil petani telah menjalankan lawatan ke Lot 10448 (Transplanter, MR 219, 64 HLT), Blok S4 Sekinchan yang mengalami masalah serangan penyakit. Berdasarkan pemeriksaan awal di ladang dan simptom visual didapati lot tersebut telah menghadapi masalah serangan Penyakit  Jalur Daun Bakteria (Bacterial Leaf Streak) yang disebabkan oleh bakteria Xanthomonas oryzae pv. Oryzicola. Sampel padi juga telah diambil oleh pihak Patalogi, BPTKT Kuala Lumpur untuk dianalisa.

 

Punca Kebarangkalian Berlaku Serangan  Penyakit Jalur Daun Bakteria

Setelah mendapat maklum balas daripada petani, didapati kebarangkalian berlaku serangan adalah disebabkan oleh :-

 

  1.       Pembakaran jerami yang tidak dapat dilakukan pada awal musim atau semasa penyediaan kawasan kerana keadaan hujan dan lembab di kawasan Sekinchan.

 

  1.       Keadaan tanah yang tidak dijalankan pengapuran menggalakkan peningkatan serangan bakteria.

 

  1.       Aktiviti pembajaan baja Urea pada peringkat awal penanaman (15 HLT) menggalakkan penyebaran serangan bakteria.

 

  1.       Kebarangkalian penyebaran bakteria melalui biji benih kerana penyakit ini adalah bawaan biji benih.

 

  v)       Kebarangkalian penyebaran bakteria meningkat akibat keadaan penanaman yang terlalu padat dan rapat.

 

Langkah-langkah Kawalan Penyakit Jalur Daun Bakteria.

Diantara aktiviti –aktiviti kawalan secara bersepadu yang boleh dijalankan bagi kawalan serangan Penyakit Jalur Daun Bakteria iaitu;-

 

  1. Tebas dan bakar secepat mungkin semua tunggul dan jerami padi dengan sempurna selepas aktiviti penuaian untuk menghapuskan perumah.

 

  1. Sekiranya cuaca lembab racun tunggul jerami dan padi liar dengan racun rumpai seperti Ecomax, Basta atau Spark bagi tujuan pereputan selepas menuai.

 

  1. Sembur dengan racun rumpai atau tebas rumpai yang tumbuh di batas dan sempadan sawah.

 

  1. Lakukan aktiviti pengapuran bagi memperbaiki keadaan tanah agar ketahanan pokok padi lebih kuat terhadap serangan penyakit.

 

  1. Pastikan jarak penanaman padi jangan terlampau rapat. Pastikan penggunaan kadar benih mengikut yang disyorkan Jabatan Pertanian.

 

  1. Penggunaan biji benih MR 219 yang terlalu lama melebihi 10 tahun mengakibatkan ia semakin kurang rintang terhadap serangan bakteria. Penyelidikan lebih menyeluruh agar pengeluaran biji benih padi jenis rintang terhadap serangan bakteria dapat dihasilkan. Perlukan kerjasama Jabatan Pertanian dan pihak MARDI.

 

  1. Elakkan penaburan baja Urea semasa peringkat awal penanaman (15 HLT). Seelokknya menggunakan baja campuran subsidi (17.5:15.5:10) agar ketahanan pokok lebih kuat.

 

 

Nama pengadu      :           Ho Ju Weng

Kawasan                  :           Sekinchan , Selangor

 

 

________________________________________________________________________

 

NURUL HUDA ARIS

 

Assistant Director

Public Relation Unit

Department of Agriculture,

Putrajaya

 

Tel   : 03-88703050

Fax   : 03-88703044

 

 
 

Program MESRA Rakyat dan Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) BPA Melaka/N.Sembilan

Tarikh : 15 November 2013 (Jumaat) (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi- 12.00 tengah hari
Tempat : Dewan Taming Sari, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah
Majlis ini akan dirasmikan oleh YBhg. Datuk Roslan bin Ibrahim, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Melaka.

Biro Pengaduan Awam Melaka/Negeri Sembilan, Jabatan Perdana Menteri akan menganjurkan program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) di Tempat Parkir Giant Superstore Lukut, Negeri Sembilan pada 8 Jun 2013 mulai jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang.

Sebanyak 27 kaunter pelbagai agensi kerajaan negeri, agensi persekutuan dan badan berkanun disediakan untuk para hadirin mengemukakan sebarang aduan, pertanyaan dan cadangan. Antara agensi yang dijemput dalam program ini adalah Jabatan Kerja Raya, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pejabat Kesihatan, Jabatan Pendaftaran Negara Dan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan Port Dickson.

Sebarang maklumat atau pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Encik Mohd Faisal di talian 06-234 5890 atau emel ke faisal@pcb.gov.my

.  

 
 
 

 
© 2014. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 with 1024 x 768 resolution