Wednesday : Jul 23, 2014
 
 

 

 
 
  KPM perlu perbaiki sistem APDM (Berita Harian: 14032012) - MOE

MAKLUM BALAS SURAT PEMBACA

 

 

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “Anti Kerja Dua Kali, Pulau Pinang” dalam ruangan Surat Kepada Pengarang akhbar Berita Harian bertarikh 14 Mac 2012KPM perlu perbaiki sistem APDM.

 

Pengadu menyatakan bahawa sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) yang diwajibkan ke atas semua guru kelas tidak membenarkan data diimport daripada Sistem Maklumat Murid (SMM). Pengadu juga terkilan dengan pelbagai sistem atas talian yang membebankan seluruh guru.

 

Dimaklumkan bahawa pembangunan APDM bertujuan untuk memusatkan maklumat murid daripada Tahun 1 hingga ke Tingkatan Enam.   Aplikasi ini akan menjadi aplikasi tunggal yang akan menyalurkan maklumat berkaitan murid untuk tujuan operasi atau pengurusan dan pentadbiran. Ini adalah selaras dengan hasrat kementerian untuk mengintegrasikan semua sistem yang ada di KPM. Sebagai permulaan, pangkalan data asas sistem ini telah diujudkan berdasarkan maklumat daripada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS), Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) dan Sistem Maklumat Murid (SMM). Oleh itu pihak sekolah hanya perlu mengemaskini maklumat yang minima sahaja kerana kebanyakan maklumat tersebut telah sedia ada di dalam APDM. Selain daripada itu, APDM turut menggunapakai data-data daripada Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK) bagi pendaftaran murid ke Tahun 1.  Disamping itu, KPM turut bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara bagi meningkatkan  integriti data.

 

 

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

 

 
 
 
 
 
 

 
© 2014. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 with 1024 x 768 resolution