Wednesday : Apr 16, 2014
 
 

 

 
 
  "MEAGRE PENSION FOR SERVING COUNTRY" (The Star: 02-04-2012) - MINDEF

Unit Komunikasi Korporat ingin merujuk kepada ruangan Star Online bertarikh 2hb April 2012 berkenaan tuntutan MEAGRE PENSION FOR SERVING COUNTRY’ oleh Lt Victor George Anthony @ Victor Anthony.

 Kementerian Pertahanan amat bersimpati dengan masalah yang dihadapi oleh Lt Victor George Anthony @ Victor Anthony.  Namun begitu, peraturan-peraturan yang telah menetapkan terma dan syarat-syarat perkhidmatan serta kelayakan bagi pemberian faedah-faedah persaraan di dalam ATM haruslah dipatuhi.

 Mengikut rekod, beliau didapati telah mengemukakan ketidakpuasan hati ke atas kadar pencen Hilang Upaya (PHU) yang telah diterima semenjak tahun 1977.  Setiap tahun, beliau membuat membuat aduan yang sama kepada Jabatan Arah Rekod dan Pencen (JRP), Kementerian Pertahanan, Jabatan Perkhidmatan Awam dan pejabat-pejabat serta badan-badan Kerajaan yang lain.  Pihak Kementerian Pertahanan melalui Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) mendapati kesemua surat-surat beliau telah dijawab dengan penjelasan yang sewajarnya.

 Adalah dimaklumkan bahawa pemakaian peraturan ‘The Volunteer Forces (Compensation) Rules, 1955 dan “The Malay Regiment and The Volunteer Regiment (Retired Pay, Pensions, Gratuities and Other Grants) Regulations, 1952” masih lagi berkuatkuasa bagi tujuan pemberian faedah persaraan kepada anggota Angkatan sukarela ATM.

 Untuk makluman semua, berdasarkan peraturan di atas hanya sekali sahaja penyelarasan kenaikan kadar pencen hilangupaya (PHU) telah dilaksanakan yang berkuatkuasa mulai 1 Julai 1980 dengan kadar kenaikan sebanyak 15%.  Ekoran itu, Lt Victor George Anthony @ Victor Anthony juga telah menikmati kenaikan kadar PHU tersebut dari RM 142.60 ke RM 163.99 sebulan sehinggalah sekarang.

 Namun begitu, Kementerian Pertahanan melalui Jabatan Arah Rekod dan Pencen (JRP) dan Cawangan Khidmat Tentera (CKT) telahpun menggubal dan mengkaji suatu peraturan baru yang lebih baik bagi Angkatan Sukarela demi menjaga kebajikan pesara anggota Angkatan Sukarela ATM.  Sekiranya peraturan ini diluluskan pemakaiannya nanti, kemungkinan faedah hilang upaya beliau boleh dikaji semula dan diselaraskan.

 

 
 

Program MESRA Rakyat dan Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) BPA Melaka/N.Sembilan

Tarikh : 15 November 2013 (Jumaat) (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi- 12.00 tengah hari
Tempat : Dewan Taming Sari, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah
Majlis ini akan dirasmikan oleh YBhg. Datuk Roslan bin Ibrahim, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Melaka.

Biro Pengaduan Awam Melaka/Negeri Sembilan, Jabatan Perdana Menteri akan menganjurkan program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) di Tempat Parkir Giant Superstore Lukut, Negeri Sembilan pada 8 Jun 2013 mulai jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang.

Sebanyak 27 kaunter pelbagai agensi kerajaan negeri, agensi persekutuan dan badan berkanun disediakan untuk para hadirin mengemukakan sebarang aduan, pertanyaan dan cadangan. Antara agensi yang dijemput dalam program ini adalah Jabatan Kerja Raya, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pejabat Kesihatan, Jabatan Pendaftaran Negara Dan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan Port Dickson.

Sebarang maklumat atau pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Encik Mohd Faisal di talian 06-234 5890 atau emel ke faisal@pcb.gov.my

.  

 
 
 

 
© 2014. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 with 1024 x 768 resolution