Wednesday : May 22, 2013
 
 

 

 
 
  SIKAP DOKTOR YANG TIDAK SERIUS (Kosmo: 28-06-2012) - MOH

Pihak Pengurusan Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengadu SMS MALU-MALU yang telah memberikan maklum balas beliau.  Bagaimanapun, aduan tersebut tidak menyatakan dengan jelas nama HPSF.  Untuk makluman, pihak HPSF sukar menjalankan siasatan berikutan aduan tersebut terlalu umum dan terdapat 3 buah hospital kerajaan dan swasta di Daerah Muar.  Pihak HPSF memandang serius aduan ini dan memohon pengadu menghubungi PIhak Pengurusan Hospital di talian 06-9521901 bagi memberi maklumat lanjut jika berkaitan HPSF.  Pihak HPSF akan segera bertindak berkaitan masalah tersebut demi mempertingkatkan perkhidmatan perawatan kami.

 

Pengarah Hospital

Hospital Pakar Sultanah Fatimah

Muar

 

 
 
 

Biro Pengaduan Awam Negeri Sarawak, Jabatan Perdana Menteri, akan menganjurkan Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu  (KABB) Daerah Lawas di gelanggang bola keranjang, Majlis Daerah Lawas pada 25 Mei 2013 jam 8.00 pagi – 1.00 petang. Orang ramai dijemput hadir..
[
maklumat terperinci ]


Biro Pengaduan Awam Putrajaya, Jabatan Perdana Menteri, akan menganjurkan Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu  (KAB) di aras 2, Bangunan UTC Kuala Lumpur pada 25 Mei 2013 jam 8.00 pagi – 10.00 malam. Orang ramai dijemput hadir..[ maklumat terperinci ]


Biro Pengaduan Awam Melaka/Negeri Sembilan telah membuka Kaunter Aduan BPA di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Aras 2, Wisma UTC, Jalan Hang Tuah, 75300 Melaka.

Kaunter aduan ini beroperasi seperti berikut :
 

HARI

WAKTU

Isnin – Khamis

8.00 Pagi – 1.00 Tgh. Hari

 

2.00 Ptg. – 5.30 Ptg.

Jumaat

8.00 Pagi – 12.15 Tgh. Hari

 

2.45 Ptg. – 5.30 Ptg.

Sabtu - Ahad

8.00 Pagi – 1.00 Tgh. Hari

 

2.00 Ptg. – 5.30 Ptg.

Cuti Umum

Tutup


Pusat setempat ini turut menyediakan perkhidmatan di bawah 10 kluster termasuk kesihatan;keselamatan; pendidikan, latihan dan pekerjaan; kewangan dan pembangunan belia.

 
 
 
 

 
© 2013. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 with 1024 x 768 resolution