Tuesday : May 21, 2013
 
 

 

 
 
  MATI DAN HIDUP KEMBALI AKIBAT PENGURUSAN PEJABAT PERKESO YANG TIDAK TERATUR (Makkal Ossai: ) - MOHR

Merujuk kepada artikel akhbar Makkal Osai pda 30 Mei 20112.

Semakan PERKESO mendapati Orang Berinsurans (OB) : Marimah a/p Ramudu, merupakan penerima Faedah Pencen Ilat yang dibayar pencen bulanan sepanjang hayat beliau. Adalah dimaklumkan bahawa PERKESO telah menyemak semula dan surat Ibu Pejabat PERKESO bertarikh 11 mei 2012 adalah dibatalkan. Bayaran pencen bulanan OB tidak ditangguhkan dan pencen bagi bulan Mei akan dikreditkan pada 1 Jun 2012 ke dalam akaun OB. Segala kesulitan di pihak Orang Berinsurans (OB) adalah amat dikesali.

 

Disediakan oleh :

Unit Komunikasi Korporat

Kementerian Sumber Manusia.

 

 
 
 

Biro Pengaduan Awam Negeri Sarawak, Jabatan Perdana Menteri, akan menganjurkan Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu  (KABB) Daerah Lawas di gelanggang bola keranjang, Majlis Daerah Lawas pada 25 Mei 2013 jam 8.00 pagi – 1.00 petang. Orang ramai dijemput hadir..
[
maklumat terperinci ]


Biro Pengaduan Awam Putrajaya, Jabatan Perdana Menteri, akan menganjurkan Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu  (KAB) di aras 2, Bangunan UTC Kuala Lumpur pada 25 Mei 2013 jam 8.00 pagi – 10.00 malam. Orang ramai dijemput hadir..[ maklumat terperinci ]


Biro Pengaduan Awam Melaka/Negeri Sembilan telah membuka Kaunter Aduan BPA di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Aras 2, Wisma UTC, Jalan Hang Tuah, 75300 Melaka.

Kaunter aduan ini beroperasi seperti berikut :
 

HARI

WAKTU

Isnin – Khamis

8.00 Pagi – 1.00 Tgh. Hari

 

2.00 Ptg. – 5.30 Ptg.

Jumaat

8.00 Pagi – 12.15 Tgh. Hari

 

2.45 Ptg. – 5.30 Ptg.

Sabtu - Ahad

8.00 Pagi – 1.00 Tgh. Hari

 

2.00 Ptg. – 5.30 Ptg.

Cuti Umum

Tutup


Pusat setempat ini turut menyediakan perkhidmatan di bawah 10 kluster termasuk kesihatan;keselamatan; pendidikan, latihan dan pekerjaan; kewangan dan pembangunan belia.

 
 
 
 

 
© 2013. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 with 1024 x 768 resolution