MAKLUMBALAS ADUAN AKHBAR HARIAN EKPRES BERTAJUK "DAP PERSOAL KEENGGANAN SAHKAN LEWAT KELAHIRAN DI KAWASAN KDM, JPN SEKALI LAGI CETUS KERAGUAN" BERTARIKH 28 JUN 2012, KHAMIS – M.S: 2 (Daily Express: 28-06-2012) - MOHA
Ruj. Kami : JPN.PT:163/2/3/1 KLT.27 (71)
Tarikh : 3 Julai 2012
Ketua Pengarang
Harian Ekspres
Tuan,
MAKLUMBALAS ADUAN AKHBAR HARIAN EKPRES BERTAJUK “DAP PERSOAL KEENGGANAN SAHKAN LEWAT KELAHIRAN DI KAWASAN KDM, JPN SEKALI LAGI CETUS KERAGUAN” BERTARIKH 28 JUN 2012, KHAMIS – M.S: 2
Dengan segala hormatnya, saya diarah merujuk kepada aduan mengenai perkara di atas.
2. Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPN) ingin menjelaskan isu yang diutarakan oleh DAP berkenaan pengesahan menolak permohonan yang mahu mengesahkan kelahiran lewat dan justifikasi pengeluaran dokumen yang sama untuk kanak-kanak pendatang asing.
3. Untuk makluman, setiap Sijil Lahir Daftar Lewat yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memerlukan endorsement oleh Mahkamah Majistret Kelas Pertama sebagaimana kehendak peruntukan Seksyen 22(3), Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1951 (Sabah Cap.123) sebelum sijil tersebut dapat digunapakai sebagai dokumen yang sah.
4. Jabatan ini juga ingin menjelaskan bahawa pada 22-26 Jun adalah Program Mahkamah Bergerak di Long Persia dan bukannya Program Pendaftaran Bergerak. Pada Program Mahkamah Bergerak tersebut JPN hanya membuat pengesahan dokumen sijil daftar lewat untuk tujuan endorsement oleh pihak Mahkamah Bergerak tersebut. Sehubungan itu JPN tidak menerima sebarang permohonan pada ketika itu, sebaliknya memberi penerangan kepada orang kampung sekiranya mereka memerlukan nasihat berkaitan permohonan sijil kelahiran lewat dan kad pengenalan.
5. Walaubagaimanapun bagi tujuan pendaftaran dokumen, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah mempunyai program tersendiri membuat pendaftaran ke luar daerah melalui Unit Khas Bergerak yang melibatkan pelbagai agensi seperti Polis, Jabatan Imigresen, Pemimpin Masyarakat atau Wakil Rakyat, JHEAINS, Biro Pengaduan Awam dan termasuk juga pihak Mahkamah bagi membantu dalam Program Pendaftaran Bergerak tersebut. Sebelum program ini dilaksanakan Borang Maklumat Keluarga permohonan diedarkan lebih awal dan dikembalikan melalui Pemimpin Masyarakat atau Wakil Rakyat untuk semakan pihak JPN terlebih dahulu sebelum melaksanakan temuduga di lapangan. Biasanya program ini memakan masa 3 hingga 5 hari atau lebih bergantung dengan jumlah permohonan yang diterima. JPN juga telah membuat program bergerak di Long Pasia pada 24.11.2009 dan menerima sebanyak 42 permohonan Daftar Lewat Kelahiran dan 3 permohonan Daftar Lewat Kad Pengenalan semasa program tersebut.
Sekian, terima kasih
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah.
(JAINISAH BINTI MOHD NOOR)
Pegawai Perhubungan Awam,
b.p Ketua Pengarah,
Jabatan Pendaftaran Negara,
Malaysia.
': 03-88807077
6 : 03-88808288
*: pro@jpn.gov.my
s.k.: 1. YBhg. Dato’ KPPN
2. YBrs. Tuan TKPPN (P)
3. YBrs. Tuan TKPPN (O)