Monday : May 20, 2013
 
 

 

 
 
  MAKLUMBALAS ADUAN AKHBAR HARIAN METRO DIRUANGAN IM LAPOR BERTARIKH 9 JULAI 2012, ISNIN – M.S: 21A (Harian Metro: 09-07-2012) - MOHA

                                                                                                                                             Ruj. Kami : JPN.PT:163/2/3/1 KLT.27 (82)

                                                                                                                                             Tarikh        : 10 Julai 2012

Ketua Pengarang

Harian Metro

Tuan,

MAKLUMBALAS ADUAN AKHBAR HARIAN METRO DIRUANGAN IM LAPOR BERTARIKH 9 JULAI 2012, ISNIN – M.S: 21A

Dengan segala hormatnya, saya diarah merujuk kepada aduan mengenai perkara di atas.

2.    Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPN) ingin menjelaskan isu yang dikemukakan oleh QAIM2376 [IMB87493] berkenaan kesal dengan JPN Terengganu apabila pendaftaran anak keturunan Melayu ditulis berketurunan India.

3.      Untuk makluman, bagi kelahiran yang berlaku sebelum tahun 2008, status keturunan pada sijil kelahiran adalah dicatatkan berdasarkan keturunan bapa. Walaubagaimanapun, pada masa kini bagi anak yang lahir hasil perkahwinan ibu bapa dari keturunan yang berbeza adalah berdasarkan permohonan ibu bapa kanak-kanak itu sendiri semasa pendaftaran kelahiran dibuat. Ini membolehkan keturunan kanak-kanak boleh ditentukan berdasarkan keturunan salah seorang samada ibu atau bapanya. Permohonan untuk membetulkan kesilapan yang tidak mengubah fakta di dalam Sijil Kelahiran boleh dilakukan berdasarkan Seksyen 27(2) Akta Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299). Permohonan boleh dikemukakan di mana-mana pejabat JPN yang berhampiran, dan perlu mengisi borang JPN.LM21 dengan lengkap beserta dokumen sokongan seperti;

i.     Dokumen pengenalan diri ibubapa (jika bukan warganegara)

ii.    Dokumen pengenalan diri penjaga (jika bukan warganegara) yang dibuktikan dengan Surat Kebenaran Penjagaan dari JKM

iii.   Surat Keizinan oleh ibu bapa kandung yang memberikan kebenaran kepada penjaga untuk membuat permohonan pindaan

iv.  Dokumen pengenalan diri pemohon (jika bukan warganegara) yang melebihi 21 tahun

v.    Dokumen lain yang membuktikan kesilapan

 

Sekian, terima kasih

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah.

 

(JAINISAH BINTI MOHD NOOR)

Pegawai Perhubungan Awam,

b.p Ketua Pengarah,

Jabatan Pendaftaran Negara,

Malaysia.

': 03-88807077

6 : 03-88808288

*: pro@jpn.gov.my

s.k.:          1.      YBhg. Dato’ KPPN

                2.      YBrs. Tuan TKPPN (P)

                3.      YBrs. Tuan TKPPN (O)

 

 
 
 

Biro Pengaduan Awam Negeri Sarawak, Jabatan Perdana Menteri, akan menganjurkan Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu  (KABB) Daerah Lawas di gelanggang bola keranjang, Majlis Daerah Lawas pada 25 Mei 2013 jam 8.00 pagi – 1.00 petang. Orang ramai dijemput hadir..
[
maklumat terperinci ]


Biro Pengaduan Awam Putrajaya, Jabatan Perdana Menteri, akan menganjurkan Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu  (KAB) di aras 2, Bangunan UTC Kuala Lumpur pada 25 Mei 2013 jam 8.00 pagi – 10.00 malam. Orang ramai dijemput hadir..[ maklumat terperinci ]


Biro Pengaduan Awam Melaka/Negeri Sembilan telah membuka Kaunter Aduan BPA di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Aras 2, Wisma UTC, Jalan Hang Tuah, 75300 Melaka.

Kaunter aduan ini beroperasi seperti berikut :
 

HARI

WAKTU

Isnin – Khamis

8.00 Pagi – 1.00 Tgh. Hari

 

2.00 Ptg. – 5.30 Ptg.

Jumaat

8.00 Pagi – 12.15 Tgh. Hari

 

2.45 Ptg. – 5.30 Ptg.

Sabtu - Ahad

8.00 Pagi – 1.00 Tgh. Hari

 

2.00 Ptg. – 5.30 Ptg.

Cuti Umum

Tutup


Pusat setempat ini turut menyediakan perkhidmatan di bawah 10 kluster termasuk kesihatan;keselamatan; pendidikan, latihan dan pekerjaan; kewangan dan pembangunan belia.

 
 
 
 

 
© 2013. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 with 1024 x 768 resolution