MAKLUMBALAS ADUAN AKHBAR MAKKAL OSAI BERTAJUK "BOLEHKAH SAYA MENDAPAT KAD PENGENALAN SEBELUM SAYA MENINGGAL DUNIA? CHANDRADEVI SENGSARA" BERTARIKH 15 JULAI 2012, AHAD – M.S: MUKA DEPAN (Makkal Ossai: 15-07-2012) - MOHA
Ruj. Kami : JPN.PT:163/2/3/1 KLT.27 (94)
Tarikh : 18 Julai 2012
Ketua Pengarang
Makkal Osai
Tuan,
MAKLUMBALAS ADUAN AKHBAR MAKKAL OSAI BERTAJUK “BOLEHKAH SAYA MENDAPAT KAD PENGENALAN SEBELUM SAYA MENINGGAL DUNIA? CHANDRADEVI SENGSARA” BERTARIKH 15 JULAI 2012, AHAD – M.S: MUKA DEPAN
Dengan segala hormatnya, saya diarah merujuk kepada aduan mengenai perkara di atas.
2. Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPN) ingin menjelaskan isu yang diutarakan oleh Puan Santradivi A/P Maniyandy berkenaan masih tidak memiliki kad pengenalan.
3. Untuk makluman Puan Santradivi A/P Maniyandy telah kehilangan sijil kelahiran semasa beliau berumur 12 tahun dan ini telah menyukarkan beliau untuk mengemukakan permohonan kad pengenalan kali pertama. Puan Santradivi A/P Maniyandy telah hadir ke JPN Melaka pada 18/07/2012 untuk membuat cabutan sijil kelahiran bagi membolehkan beliau mengemukakan permohonan daftar lewat kad pengenalan.
4. Sehubungan dengan itu, jabatan memohon kerjasama Puan Santradivi A/P Maniyandy untuk hadir bersama dokumen sokongan berkaitan ke pejabat JPN mengemukakan permohonan daftar lewat kad pengenalan bagi membolehkan jabatan ini memproses permohonan tersebut. Dokumen sokongan yang berkaitan adalah seperti berikut;
i. Sijil Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Sijil Warganegara / Pengesahan Taraf Warganegara / Borang Warganegara / Permit Masuk.
ii. Kad Pengenalan Penganjur iaitu Ibu atau Bapa atau Penjaga.
iii. Surat Akuan Sumpah (bagi Penjaga yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan iaitu selain dari ibu/bapa/datuk/nenek/ibu atau bapa saudara / kakak atau abang yang berusia melebihi 21 tahun).
iv. Passport Antarabangsa (bagi pemegang Permit Masuk).
Sekian, terima kasih
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah.
(JAINISAH BINTI MOHD NOOR)
Pegawai Perhubungan Awam,
b.p Ketua Pengarah,
Jabatan Pendaftaran Negara,
Malaysia.
': 03-88807077
6 : 03-88808288
*: pro@jpn.gov.my
s.k.: 1. YBhg. Dato’ KPPN
2. YBrs. Tuan TKPPN (P)
3. YBrs. Tuan TKPPN (O)