Friday : May 24, 2013
 
 

 

 
 
  PENGERING TANGAN GANTI TISU (Harian Metro: 27-06-2012) - MOH

Merujuk aduan VIONNA [IMB81618] pada 27 Jun lalu berhubung tandas Hospital Kota Belud yang berbau busuk serta tiada tisu dan sabun.

Untuk makluman pengadu, syarikat pembersihan Hospital Kota Belud, Faber Medi Serve Sdn Bhd sentiasa membuat pemantauan di tandas awam mengikut jadual ditetapkan pihak hospital.

Makluman daripada Faber Medi Serve Sdn Bhd mengatakan ia sentiasa bersih, tidak berbau dan sering mengisi tisu serta sabun untuk kegunaan orang awam.

Sehubungan itu, Faber Medi Serve Sdn Bhd mencadangkan pemasangan 'Dispenser Hand Dryer' sebagai pengganti tisu selain mesra pengguna.

Bagi pihak hospital, jabatan memohon maaf atas kesulitan dialami pengguna dan sentiasa mempertingkatkan perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan.

 

DR MOHD YUSOF IBRAHIM

PENGARAH KESIHATAN SABAH

 

 
 
 

Biro Pengaduan Awam Negeri Sarawak, Jabatan Perdana Menteri, akan menganjurkan Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu  (KABB) Daerah Lawas di gelanggang bola keranjang, Majlis Daerah Lawas pada 25 Mei 2013 jam 8.00 pagi – 1.00 petang. Orang ramai dijemput hadir..
[
maklumat terperinci ]


Biro Pengaduan Awam Putrajaya, Jabatan Perdana Menteri, akan menganjurkan Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu  (KAB) di aras 2, Bangunan UTC Kuala Lumpur pada 25 Mei 2013 jam 8.00 pagi – 10.00 malam. Orang ramai dijemput hadir..[ maklumat terperinci ]


Biro Pengaduan Awam Melaka/Negeri Sembilan telah membuka Kaunter Aduan BPA di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Aras 2, Wisma UTC, Jalan Hang Tuah, 75300 Melaka.

Kaunter aduan ini beroperasi seperti berikut :
 

HARI

WAKTU

Isnin – Khamis

8.00 Pagi – 1.00 Tgh. Hari

 

2.00 Ptg. – 5.30 Ptg.

Jumaat

8.00 Pagi – 12.15 Tgh. Hari

 

2.45 Ptg. – 5.30 Ptg.

Sabtu - Ahad

8.00 Pagi – 1.00 Tgh. Hari

 

2.00 Ptg. – 5.30 Ptg.

Cuti Umum

Tutup


Pusat setempat ini turut menyediakan perkhidmatan di bawah 10 kluster termasuk kesihatan;keselamatan; pendidikan, latihan dan pekerjaan; kewangan dan pembangunan belia.

 
 
 
 

 
© 2013. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 with 1024 x 768 resolution