Thursday : Apr 17, 2014
 
 

 

 
 
  Perhalusi masalah pelaksanaan PBS (Berita Harian: 30072012) - MOE

MAKLUM BALAS SURAT PEMBACA

 

 

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “Subramaniam Raman, Kota Belud” dalam ruangan Forum akhbar Berita Harian bertarikh 30 Julai 2012Perhalusi masalah pelaksanaan PBS.

 

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu bentuk pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani). Kesemua aspek ini selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Dasar Pendidikan Kebangsaan, Visi dan Misi Pendidikan.

 

PBS mampu mentaksir bidang akademik dan bukan akademik serta memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah. Fokus utama dalam PBS ialah pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning).

 

PBS  bertujuan untuk mendapatkan gambaran secara keseluruhan tentang potensi murid di samping memantau pertumbuhan dan membantu memperkembangkan potensi setiap murid.

 

Justeru, PBS merupakan satu usaha untuk membangunkan modal insan secara holistik melalui penekanan terhadap penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif dan pengamalan nilai, etika serta moral yang tinggi seperti tercatat di dalam Pelan Induk Pembangunan  Pendidikan (PIPP), Pelan Integriti Nasional (PIN) dan seperti yang dihasratkan dalam Misi Nasional.

Untuk keterangan lanjut sila layari www.moe.gov.my/lp.

 

 

 

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

 

 
 

Program MESRA Rakyat dan Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) BPA Melaka/N.Sembilan

Tarikh : 15 November 2013 (Jumaat) (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi- 12.00 tengah hari
Tempat : Dewan Taming Sari, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah
Majlis ini akan dirasmikan oleh YBhg. Datuk Roslan bin Ibrahim, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Melaka.

Biro Pengaduan Awam Melaka/Negeri Sembilan, Jabatan Perdana Menteri akan menganjurkan program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) di Tempat Parkir Giant Superstore Lukut, Negeri Sembilan pada 8 Jun 2013 mulai jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang.

Sebanyak 27 kaunter pelbagai agensi kerajaan negeri, agensi persekutuan dan badan berkanun disediakan untuk para hadirin mengemukakan sebarang aduan, pertanyaan dan cadangan. Antara agensi yang dijemput dalam program ini adalah Jabatan Kerja Raya, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pejabat Kesihatan, Jabatan Pendaftaran Negara Dan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan Port Dickson.

Sebarang maklumat atau pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Encik Mohd Faisal di talian 06-234 5890 atau emel ke faisal@pcb.gov.my

.  

 
 
 

 
© 2014. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 with 1024 x 768 resolution