Monday : May 20, 2013
 
 

 

 
 
  MAKLUMBALAS ADUAN AKHBAR CHINA PRESS BERTAJUK "TIADA HAK DI NEGARA SENDIRI? KAMI YANG LAHIR DI NEGARA INI MASIH MASIH MEMPUNYAI KAD PENGENALAN MERAH? 3 ORANG INDIA SEDIH" BERTARIKH 12 OGOS 2012, AHAD – M.S: C2 (China Press: 12-08-2012) - MOHA

                                                                                                                                          Ruj. Kami : JPN.PT:163/2/3/1 KLT.28 (25)

                                                                                                                                          Tarikh        : 15 Ogos 2012

Ketua Pengarang

China Press

Tuan,

MAKLUMBALAS ADUAN AKHBAR CHINA PRESS BERTAJUK “TIADA HAK DI NEGARA SENDIRI? KAMI YANG LAHIR DI NEGARA INI MASIH MASIH MEMPUNYAI KAD PENGENALAN MERAH? 3 ORANG INDIA SEDIH” BERTARIKH 12 OGOS 2012, AHAD – M.S: C2

Dengan segala hormatnya, saya diarah merujuk kepada aduan mengenai perkara di atas.

2.     Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPN) ingin menjelaskan isu yang dikemukakan oleh 3 orang India yang hidup sebagai pendatang di Negara ini kerana tidak mendapat kewarganegaraan Malaysia setelah sekian lama menunggu.

3.       Untuk makluman, hasil semakan mendapati Puan Kunasegari A/P Kandasamy mengemukakan permohonan status kewarganegaraan Malaysia di bawah Perkara 16 Perlembagaan Persekutuan pada 06/09/2010. Walaubagaimanapun permohonan beliau tidak berjaya. Beliau telah mengemukakan permohonan semula status kewarganegaraan Malaysia pada 13/01/2012.

4.       Manakala Encik Volaycaihan A/L Subramaniam pula tidak pernah mengemukakan permohonan status kewarganegaraan Malaysia sebelum ini. Beliau hanya mengemukakan permohonan status kewarganegaraan Malaysia di bawah Perkara 16 Perlembagaan Malaysia pada 13/01/2012.

5.       Bagi kes Puan K Lechmme A/P Batumalai, beliau dilahirkan di Singapura dan pernah mengemukakan pengesahan taraf pada 25/07/2007. Walaubagaimanapun permohonan beliau ditolak atas sebab bapa beliau dilahirkan di luar persekutuan. Puan K Lechmme A/P Batumalai tidak pernah memohon kewarganegaraan Malaysia selepas itu. Beliau hanya mengemukakan permohonan kewarganegaraan Malaysia di bawah Perkara 15 (1) Perlembagaan Persekutuan pada 15/08/2012.

6.       Ingin dijelaskan juga, bahawa semua permohonan yang dikemukakan pada tahun 2011, keputusan akan dimaklumkan pada tahun 2012. Sehubungan dengan itu, pemohon dinasihatkan bersabar dan menunggu jawapan keputusan permohonan sebagaimana yang telah dimaklumkan iaitu dalam tempoh 1 tahun dari tarikh permohonan lengkap diterima. Sebarang keputusan akan dimaklumkan secara bersurat berdasarkan alamat yang dikemukakan semasa permohonan dibuat.

7.       Jabatan ini juga ingin menjelaskan bahawa, memenuhi kesemua syarat-syarat tersebut adalah hanya bagi melayakkan permohonan taraf kewarganegaraan dibuat. Ianya bukanlah bermakna permohonan tersebut mesti diluluskan kerana taraf kewarganegaraan adalah merupakan anugerah tertinggi Kerajaan Malaysia untuk dianugerahkan kepada mereka yang benar-benar layak dan bukanlah hak mutlak yang mesti diperolehi atau dituntut oleh mana-mana individu yang memohon warganegara.

Sekian, terima kasih

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah.

 

(JAINISAH BINTI MOHD NOOR)

Pegawai Perhubungan Awam,

b.p Ketua Pengarah,

Jabatan Pendaftaran Negara,

Malaysia.

': 03-88807077

6 : 03-88808288

*: pro@jpn.gov.my

s.k.:            1.       YBhg. Dato’ KPPN

                   2.       YBrs. Tuan TKPPN (P)

                   3.       YBrs. Tuan TKPPN (O)

 

 
 
 

Biro Pengaduan Awam Negeri Sarawak, Jabatan Perdana Menteri, akan menganjurkan Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu  (KABB) Daerah Lawas di gelanggang bola keranjang, Majlis Daerah Lawas pada 25 Mei 2013 jam 8.00 pagi – 1.00 petang. Orang ramai dijemput hadir..
[
maklumat terperinci ]


Biro Pengaduan Awam Putrajaya, Jabatan Perdana Menteri, akan menganjurkan Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu  (KAB) di aras 2, Bangunan UTC Kuala Lumpur pada 25 Mei 2013 jam 8.00 pagi – 10.00 malam. Orang ramai dijemput hadir..[ maklumat terperinci ]


Biro Pengaduan Awam Melaka/Negeri Sembilan telah membuka Kaunter Aduan BPA di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Aras 2, Wisma UTC, Jalan Hang Tuah, 75300 Melaka.

Kaunter aduan ini beroperasi seperti berikut :
 

HARI

WAKTU

Isnin – Khamis

8.00 Pagi – 1.00 Tgh. Hari

 

2.00 Ptg. – 5.30 Ptg.

Jumaat

8.00 Pagi – 12.15 Tgh. Hari

 

2.45 Ptg. – 5.30 Ptg.

Sabtu - Ahad

8.00 Pagi – 1.00 Tgh. Hari

 

2.00 Ptg. – 5.30 Ptg.

Cuti Umum

Tutup


Pusat setempat ini turut menyediakan perkhidmatan di bawah 10 kluster termasuk kesihatan;keselamatan; pendidikan, latihan dan pekerjaan; kewangan dan pembangunan belia.

 
 
 
 

 
© 2013. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 with 1024 x 768 resolution