| |
|
|
 |
|
|
Ada ijazah tak naik pangkat (Berita Harian: 13082012) - MOE
MAKLUM BALAS SURAT PEMBACA
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca “Guru Lama ExDGA 32, Batu Gajah, Perak” dalam ruangan Forum akhbar Berita Harian bertarikh 13 Ogos 2012– Ada ijazah tak naik pangkat.
Jawatan Guru Besar dan Penolong Kanan di sekolah rendah merupakan jawatan skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Gred DGA32 dan DGA34 berdasarkan kepada waran perjawatan yang diluluskan dan bukannya jawatan skim Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41/DG44. Walau bagaimanapun, dasar Kementerian adalah mengekalkan Guru Besar dan Penolong Kanan di sekolah rendah yang melanjutkan pelajaran secara Pengajian Jarak Jauh (PJJ) dan dilantik ke Gred DG41 di sekolah asal mereka secara Khas Untuk Penyandang (KUP). Keputusan ini adalah sejajar dengan matlamat Kementerian untuk meneruskan kesinambungan kepakaran dan kepimpinan di sekolah supaya tidak menjejaskan pengurusan dan pentadbiran di sekolah rendah. Dalam tempoh pelaksanaan dasar pensiswazahan, ia tidak diperluaskan pemakaiannya kepada guru siswazah yang lain kerana pada masa yang sama Kementerian juga perlu memberi peluang kenaikan pangkat yang begitu terhad bilangannya berbanding saiz guru PPPLD yang masih ramai pada masa ini.
Kementerian bersama-sama dengan Agensi Pusat sentiasa berusaha untuk menambah baik skim perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) terutamanya bagi mewujudkan skim perkhidmatan bersepadu PPP yang akan menyediakan peluang kemajuan kerjaya yang lebih baik untuk PPP.
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
|
| |
|
|
|
|
| |
 |
|
Biro Pengaduan Awam Negeri
Sarawak, Jabatan Perdana Menteri,
akan menganjurkan Program
Kaunter Aduan Bergerak
Bersepadu (KABB) Daerah Lawas
di gelanggang bola keranjang,
Majlis Daerah Lawas pada 25 Mei
2013 jam 8.00 pagi – 1.00 petang.
Orang ramai dijemput hadir..
[
maklumat terperinci ] |
|
|
Biro Pengaduan Awam Putrajaya,
Jabatan Perdana Menteri, akan
menganjurkan Program Kaunter
Aduan Bergerak Bersepadu (KAB)
di aras 2, Bangunan UTC Kuala
Lumpur pada 25 Mei 2013 jam 8.00
pagi – 10.00 malam. Orang ramai
dijemput hadir..[
maklumat terperinci ] |
|
 |
 |
|
Biro
Pengaduan Awam Melaka/Negeri
Sembilan telah membuka Kaunter
Aduan BPA di Pusat Transformasi
Bandar (UTC), Aras 2, Wisma UTC,
Jalan Hang Tuah, 75300 Melaka.
Kaunter aduan ini beroperasi
seperti berikut :
|
HARI |
WAKTU |
|
Isnin – Khamis |
8.00 Pagi – 1.00
Tgh. Hari
|
|
|
2.00 Ptg. – 5.30
Ptg. |
|
Jumaat |
8.00 Pagi –
12.15 Tgh. Hari
|
|
|
2.45 Ptg. – 5.30
Ptg. |
|
Sabtu - Ahad |
8.00 Pagi – 1.00
Tgh. Hari
|
|
|
2.00 Ptg. – 5.30
Ptg. |
|
Cuti Umum |
Tutup |
|
Pusat setempat ini turut
menyediakan perkhidmatan di
bawah 10 kluster termasuk
kesihatan;keselamatan;
pendidikan, latihan dan
pekerjaan; kewangan dan
pembangunan belia.
|
|
 |
| |
 |
| |
|
|
|