| |
|
|
 |
|
|
Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS). (Berita Harian: 07112012) - MOE
MAKLUM BALAS LAPORAN AKHBAR
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada SMS “RUFFEY:BHA20234” dan “BUNGAJAMBUL:BHA19471” dalam ruangan Rakan@bh akhbar Berita Harian bertarikh 6 November 2012 &7 November 2012 mengenai Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS).
Masalah akses kepada SPPBS sedang dalam tindakan Bahagian Pengurusan Maklumat, KPM. SPPBS telah dipindahkan ke hosting baru bagi menampung bilangan pengguna yang mengakses secara serentak sehingga 40 ribu orang pada satu-satu masa. Pihak kementerian juga telah menggandakan bilangan server daripada 4 kepada 20 buah server mulai 5 November 2012 bagi mengurangkan kesesakan pengguna yang ramai.
KPM prihatin dengan masalah pihak guru dan yakin ianya akan dapat diatasi segera.
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
|
| |
|
|
|
|
|
PROGRAM KAUNTER ADUAN BERGERAK BERSEPADU (KABB)
Sukacita dimaklumkan bahawa Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri akan menganjurkan beberapa program proaktif seperti maklumat [ klik di sini ]
 |
 |
|
Biro Pengaduan
Awam Melaka/Negeri Sembilan,
Jabatan Perdana Menteri akan
menganjurkan program Kaunter
Aduan Bergerak Bersepadu (KABB)
di Tempat Parkir Giant
Superstore Lukut, Negeri
Sembilan pada 8 Jun 2013 mulai
jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang.
Sebanyak 27 kaunter pelbagai
agensi kerajaan negeri, agensi
persekutuan dan badan berkanun
disediakan untuk para hadirin
mengemukakan sebarang aduan,
pertanyaan dan cadangan. Antara
agensi yang dijemput dalam
program ini adalah Jabatan Kerja
Raya, Jabatan Kebajikan
Masyarakat, Pejabat Kesihatan,
Jabatan Pendaftaran Negara Dan
Pejabat Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi Dan Kepenggunaan Port
Dickson.
Sebarang maklumat atau
pertanyaan lanjut, orang ramai
boleh menghubungi Encik Mohd
Faisal di talian 06-234 5890
atau emel ke
faisal@pcb.gov.my .
|
 |
| |
 |
| |
|
|