Ahad, 23 Nov 2014
 
 

 

 
 
  MAKLUMBALAS ADUAN AKHBAR KOSMO BERTAJUK "2 ANAK TIDAK MILIKI SIJIL LAHIR" BERTARIKH 1 JANUARI 2013, SELASA – M.S: 16 (NEGARA) (Kosmo: 01-01-2013) - MOHA

                                                                                                                                             Ruj. Kami : JPN.PT:163/2/3/1 KLt.28 (87)

                                                                                                                                             Tarikh        : 3 Januari 2013

Ketua Pengarang

Kosmo

Tuan,

MAKLUMBALAS ADUAN AKHBAR KOSMO BERTAJUK “2 ANAK TIDAK MILIKI SIJIL LAHIR” BERTARIKH 1 JANUARI 2013, SELASA – M.S: 16 (NEGARA)

Dengan segala hormatnya, saya diarah merujuk kepada aduan mengenai perkara di atas.

2.     Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPN) ingin menjelaskan isu yang dikemukakan oleh Puan Alizah Sanip berkenaan dua orang anaknya yang tidak memiliki sijil kelahiran.

3.       Untuk makluman, hasil dari pelaporan tersebut, pihak JPN Klang telah mengunjungi ke kediaman beliau bagi mengenalpasti permasalahan sebenar yang dihadapi. Hasil temubual bersama Puan Alizah Sanip menyatakan bahawa beliau belum pernah mendaftarkan kelahiran anaknya di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), walaupun pernah hadir untuk membuat pertanyaan.

4.       Pihak Jabatan menasihati  Puan Alizah Sanip untuk membuat permohonan daftar lewat kelahiran dengan mengemukakan dokumen sokongan bagi membolehkan permohonan daftar lewat anak-anak beliau diproses dan seterusnya dikeluarkan sijil kelahiran sebagaimana yang diperuntukan oleh undang-undang Negara ini. Beliau telah bersetuju untuk hadir ke JPN Klang pada 04/01/2013 bagi menguruskan permohonan daftar lewat kelahiran anak-anaknya. Dokumen sokongan yang berkaitan adalah seperti berikut;

i.     Dokumen Pengenalan diri atau dokumen perjalanan yang sah (jika ibu/bapa/pemaklum bukan warganegara)

ii.        Kad/Buku Pemeriksaan ibu mengandung (jika ada)

iii.      Borang Pengesahan Kelahiran atau kelahiran mati (jika ada)

iv.      Dokumen Perkahwinan (jika ada)

v.      Surat Akuan Berkanun Permohonan Pendaftaran Lewat Kelahiran JPN.LM27

vi.      Borang Maklumat Keluarga – BMK81

vii.     Senarai Gambar-gambar Bapa, Ibu dan Adik-Beradik – BMK81A

Sekian, terima kasih

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah.

 

(JAINISAH BINTI MOHD NOOR)

Pegawai Perhubungan Awam,

b.p Ketua Pengarah,

Jabatan Pendaftaran Negara,

Malaysia.

': 03-88807077

6 : 03-88808288

*: pro@jpn.gov.my

s.k.:            1.       Y. Bhg. Dato’ KPPN

                   2.       Y. Brs. Tuan TKPPN (P)

                   3.       Y. Brs. Tuan TKPPN (O)

                   4.       Y. Brs. Tuan TKPPN (ICT)

 

 
 

Program MESRA Rakyat Daerah Manjung

Tarikh : 20 November 2014 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi 1.00 petang
Tempat : Dewan Merdeka, Majlis Perbandaran Manjung, Seri Manjung, Perak.

Majlis ini akan dirasmikan oleh YB Dato’ Rashidi bin Ibrahim, ADUN Pasir Panjang, Perak

 
 
 

 
© 2014. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 with 1024 x 768 resolution