Friday : May 24, 2013
 
 

 

 
 
  KESAL DENGAN PERKHIDMATAN POS LAJU RAWANG (Harian Metro: 07-02-2013) - KPKK

KESAL dengan prkhidmatan PosLaju Rawang kerana barang yang dipos seminggu belum sampai kepada penerima. >>ABAHSYUHADAAIN [IMA05386]

 

Pos Malaysia Berhad ingin merujuk aduan SMS dari ABAHSYUHADAAIN [IMA05386] yang disiarkan di akhbar Harian Metro pada 7 Febuari 2013. Pos Malaysia mengucapkan terima kasih di atas maklumbalas yang diberikan kerana ini boleh membantu kami meningkatkan mutu dan kualiti perkhidmatan kami.

 

Untuk makluman, siasatan terperinci sukar dijalankan memandangkan aduan tersebut adalah terlalu umum. Sehubungan dengan itu, pengadu diminta untuk memberikan maklumat nombor item serta butiran lengkap pengadu. Maklumat tersebut boleh diemelkan kepada kami melalui care@pos.com.myatau menghubungi Pusat Panggilan Pelanggan kami di talian 1-300-300-300.

 

Pos Malaysia sentiasa menekankan kepada petugas kurier supaya memberikan mutu perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Sehubungan dengan itu, semua Kurier Cawangan PosLaju Rawang telah diberi peringatan untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan agar serahan dibuat mengikut piawaian yang ditetapkan.

 

Bagi pihak Pos Malaysia Berhad, kami ingin memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang dihadapi oleh pelanggan. Untuk makluman, Pusat Panggilan Pelanggan 1-300-300-300 dibuka dari hari Isnin hingga Jumaat jam 8:30 pagi hingga 8:00 malam manakala pada hari Sabtu pula adalah dari jam 8:30 pagi hingga 5:00 petang kecuali pada Cuti Umum dan Sabtu pertama setiap bulan.

 

Sekian, terima kasih.

 

 
 
 

Biro Pengaduan Awam Negeri Sarawak, Jabatan Perdana Menteri, akan menganjurkan Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu  (KABB) Daerah Lawas di gelanggang bola keranjang, Majlis Daerah Lawas pada 25 Mei 2013 jam 8.00 pagi – 1.00 petang. Orang ramai dijemput hadir..
[
maklumat terperinci ]


Biro Pengaduan Awam Putrajaya, Jabatan Perdana Menteri, akan menganjurkan Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu  (KAB) di aras 2, Bangunan UTC Kuala Lumpur pada 25 Mei 2013 jam 8.00 pagi – 10.00 malam. Orang ramai dijemput hadir..[ maklumat terperinci ]


Biro Pengaduan Awam Melaka/Negeri Sembilan telah membuka Kaunter Aduan BPA di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Aras 2, Wisma UTC, Jalan Hang Tuah, 75300 Melaka.

Kaunter aduan ini beroperasi seperti berikut :
 

HARI

WAKTU

Isnin – Khamis

8.00 Pagi – 1.00 Tgh. Hari

 

2.00 Ptg. – 5.30 Ptg.

Jumaat

8.00 Pagi – 12.15 Tgh. Hari

 

2.45 Ptg. – 5.30 Ptg.

Sabtu - Ahad

8.00 Pagi – 1.00 Tgh. Hari

 

2.00 Ptg. – 5.30 Ptg.

Cuti Umum

Tutup


Pusat setempat ini turut menyediakan perkhidmatan di bawah 10 kluster termasuk kesihatan;keselamatan; pendidikan, latihan dan pekerjaan; kewangan dan pembangunan belia.

 
 
 
 

 
© 2013. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 with 1024 x 768 resolution