MAKLUMBALAS ADUAN AKHBAR BERITA HARIAN BERTAJUK "WARGA TUA RAYU JPN BANTU DAPATKAN KAD PENGENALAN" BERTARIKH 12 FEBRUARI 2013, SELASA – M.S: 14 (NASIONAL) (Berita Harian: 12-02-2013) - MOHA
Ruj. Kami : JPN.PT;163/2/3/1 KLT.29 (32)
Tarikh : 15 Februari 2013
Ketua Pengarang
Berita Harian
Tuan,
MAKLUMBALAS ADUAN AKHBAR BERITA HARIAN BERTAJUK “WARGA TUA RAYU JPN BANTU DAPATKAN KAD PENGENALAN” BERTARIKH 12 FEBRUARI 2013, SELASA – M.S: 14 (NASIONAL)
Dengan segala hormatnya, saya diarah merujuk kepada aduan mengenai perkara di atas.
2. Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPN) ingin menjelaskan isu yang dikemukakan oleh Encik Hamid bin Hassan berkenaan tidak boleh mendapatkan kad pengenalan kerana berstatus bukan warganegara.
3. Untuk makluman juga, lahir di Malaysia tidak menjadikan seseorang individu itu warganegara Malaysia secara automatik. Ianya bergantung kepada status kewarganegaraan dan status perkahwinan ibu dan bapa kandungnya semasa kelahiran itu berlaku mengikut peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa di Malaysia.
4. Sehubungan dengan itu, sekiranya berhasrat untuk menjadi warganegara Malaysia, bolehlah hadir di mana-mana pejabat JPN yang berhampiran untuk mendapatkan borang serta penjelasan lanjut berkenaan kelayakan memohon status kewarganegaraan Malaysia.
Sekian, terima kasih
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menurut perintah.
(JAINISAH BINTI MOHD NOOR)
Pegawai Perhubungan Awam,
b.p Ketua Pengarah,
Jabatan Pendaftaran Negara,
Malaysia.
': 03-88807077
6 : 03-88808288
*: pro@jpn.gov.my
s.k.: 1. Y. Bhg. Dato’ KPPN
2. Y. Bhg. Datin Seri TKPPN (P)
3. Y. Brs. Tuan TKPPN (O)
4. Y. Brs. Tuan TKPPN (ICT)