Thursday : Apr 17, 2014
 
 

 

 
 
  MAJLIS RUMAH TERBUKA MALAYSIA TADAU KAAMATAN 2013 (BERNAMA: 27-06-2013) - MOTOUR

PUTRAJAYA, 26 Jun 2013– Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia buat pertama kalinya akan menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Malaysia sempena Perayaan Tadau Kaamatan atau Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan 2013.

Majlis ini akan diadakan di Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri (JKKN), Kota Kinabalu, Sabah pada 30 Jun 2013 bermula jam 2.30 petang hingga 5.00 petang. Majlis ini bakal dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin,.

Majlis Rumah Terbuka sempena Pesta Tadau Kaamatan ini bertemakan “Harmoni 1Malaysia” yang berkonsepkan suasana perayaan, seni budaya dan warisan tempatan dengan elemen santai, ceria serta mesra rakyat.

Antara objektif utama majlis rumah terbuka ini ialah memupuk perpaduan dan persefahaman masyarakat pelbagai kaum, menyemarakkan Semangat 1 Malaysia, menjalinkan hubungan mesra antara pemimpin dengan rakyat dan mengenengahkan tradisi menyambut Tadau Kaamatan

Tadau Kaamatan merupakan pesta atau perayaan tahunan yang disambut oleh masyarakat atau komuniti Pri-bumi Kadazan-Dusun pada setiap akhir bulan Mei bagi meraikan berakhirnya musim menuai padi.Ciri-ciri yang paling mudah dikenali mengenai sambutan ini secara umum adalah mengenai keriangan, kebudayaan, persembahan sukan tradisional, dan Unduk Ngadau (Ratu Pesta Menuai).

Majlis ini akan diserikan dengan pelbagai acara menarik seperti acara sambutan tradisi Pesta Tadau Kaamatan oleh masyarakat Kadazan-Dusun serta pelbagai persembahan kesenian yang menampilkan keunikan gerak tari, nyanyian serta permainan alat muzik tradisional masyarakat Kadazan-Dusun. Orang ramai dijemput hadir bagi sama-sama memeriahkan majlis sambutan ini.

Penganjuran acara ini adalah selaras dengan Kempen Promosi Tahun Melawat Malaysia 2013 dan sambutan Tahun Melawat Malaysia 2014 yang mensasarkan seramai 28 juta pelancong asing. Ia merupakan platform bagi Kementerian untuk menggalakkan penyertaan orang ramai dalam usaha mencapai objektif tersebut.

_______________________________________________________________

Disediakan oleh Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

Tel:  03-8891 7190   F:  03-8891 7181   E-mel: info@motac.gov.my

 

 
 

Program MESRA Rakyat dan Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) BPA Melaka/N.Sembilan

Tarikh : 15 November 2013 (Jumaat) (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi- 12.00 tengah hari
Tempat : Dewan Taming Sari, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah
Majlis ini akan dirasmikan oleh YBhg. Datuk Roslan bin Ibrahim, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Melaka.

Biro Pengaduan Awam Melaka/Negeri Sembilan, Jabatan Perdana Menteri akan menganjurkan program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) di Tempat Parkir Giant Superstore Lukut, Negeri Sembilan pada 8 Jun 2013 mulai jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang.

Sebanyak 27 kaunter pelbagai agensi kerajaan negeri, agensi persekutuan dan badan berkanun disediakan untuk para hadirin mengemukakan sebarang aduan, pertanyaan dan cadangan. Antara agensi yang dijemput dalam program ini adalah Jabatan Kerja Raya, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pejabat Kesihatan, Jabatan Pendaftaran Negara Dan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan Port Dickson.

Sebarang maklumat atau pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Encik Mohd Faisal di talian 06-234 5890 atau emel ke faisal@pcb.gov.my

.  

 
 
 

 
© 2014. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 with 1024 x 768 resolution