Rabu, 24 May 2017
 
 

 

 
 
  MOHON PENJELASAN KLMUC MENGENAI ELAUN (Berita Harian: 04-04-2017) - MOHE

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 

Tuan/Puan,

 

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

 

Di sini saya panjangkan rantaian kronologi tindakan aduan berdasarkan aduan yang disiarkan di akhbar Berita Harian di muka surat 46, bertarikh 4 April 2017 (Selasa) yang berkaitan dengan elaun pelajar di KLMUC.

 

Untuk makluman tuan/puan, saya telahpun menghubungi serta e-mel pada RakanBH bagi memberikan maklumbalas butiran pengirim sms (pengadu), namun setakat tengah hari ini, tiada maklumbalas diberikan oleh pihak Berita Harian.

 

Untuk makluman juga, pihak KLMUC telahpun memberi maklumbalas mengenai pembayaran elaun yang dibuat kepada pelajar adalah dibuat setiap bulan/ semester mengikut sesi pengambilan pelajar bermula November 2014 sehingga January 2016 dan juga mengikut syarat-syarat pembayaran elaun bulanan/ semester yang dikeluarkan oleh pihak kolej.

 

Sehubungan dengan itu, pembayaran ini di buat ke akaun bank pelajar melalui talian terus Maybank .

 

Bagi pelajar yang menghadapi masalah mengenai elaun mereka, pihak kolej menyediakan borang aduan yang boleh diisi oleh pelajar dengan lengkap seperti di lampiran.

 

Sekian, untuk makluman.

 

Terima kasih. 

 

 

Siti Nur Ainaa Binti Azman 

(Siti Nur Ainaa Binti Azman)
Penolong Pengarah Kanan/ Senior Assistant Director
Bahagian Penguatkuasaan & Inspektorat/ Enforcement & Inspectorate Division
Pengurusan Pendidikan Tinggi Swasta/ Private Higher Education Management
Jabatan Pendidikan Tinggi/ Department of Higher Education
Kementerian Pendidikan Tinggi/ Ministry of Higher Education
Aras 5. No. 2, Menara 2,
Jalan P5/6, Presint 5
62200 PUTRAJAYA
MALAYSIA
Tel Num: 03-88706796/ ext: 4826
Email: nurainaa@mohe.gov.my

 

 
 

 

Program Mesra Rakyat Dan KABB Daerah Shah Alam
Biro Pengaduan Awam Negeri Selangor akan mengadakan Program MESRA Rakyat dan Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) Daerah Shah Alam seperti ketetapan berikut

Tarikh : 16 Julai 2016 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat : Dewan Bunga Kertas, Seksyen U2, Taman TTDI Jaya, Shah Alam
Perasmian : YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam

 
 
 

 
© 2017. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 with 1024 x 768 resolution