Ahad, 23 Jul 2017
 
 

 

 
 
  MAKLUM BALAS ADUAN AKHBAR SINAR HARIAN BERTAJUK "SEMUA ANAK SAYA TIADA IC" BERTARIKH 1 JULAI 2017, SABTU M.S: 38 (Sinar Harian: 01-07-2017) - MOHA

Ketua Pengarang,

Sinar Harian,

Tuan,

MAKLUM BALAS ADUAN AKHBAR SINAR HARIAN BERTAJUK “SEMUA ANAK SAYA TIADA IC” BERTARIKH 1 JULAI 2017, SABTU – M.S: 38

Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada aduan mengenai perkara di atas.

2.     Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ingin menjelaskan isu yang diutarakan oleh Encik Ek Diew Ging berkaitan tiga (3) orang anak beliau yang tiada MyKad.

3.     Hasil semakan mendapati anak-anak beliau telah dikeluarkan dengan sijil kelahiran berstatus bukan warganegara berdasarkan taraf kewarganegaraan ibu kanak-kanak yang berstatus bukan warganegara.

4.     Ingin dijelaskan, berdasarkan Perkara 14(1)(b) Seksyen 1(a) Bahagian II Perlembagaan Persekutuan Malaysia dibaca bersama Seksyen 17 Bahagian III Perlembagaan Malaysia menyebut penentuan taraf bagi anak kepada  lelaki yang bertaraf warganegara Malaysia yang berkahwin dengan wanita warga asing di mana perkahwinan tidak didaftarkan secara sah mengikut undang-undang Malaysia sebelum anak tersebut dilahirkan adalah mengikut taraf kewarganegaraan ibu.

5.     Sehubungan itu, Encik Ek Diew Ging telah mengemukakan permohonan taraf kewarganegaraan di bawah Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan untuk anak-anak beliau pada 29.09.2015. Untuk makluman, permohonan tersebut masih dalam tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk pertimbangan dan keputusan. Sebarang keputusan berkaitan akan dimaklumkan secara bersurat ke alamat yang telah dikemukakan semasa permohonan dibuat.

Sekian, terima kasih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menurut perintah,

 

 

 

(FARA MAYA BINTI AHMAD JELANI)

Pegawai Perhubungan Awam,

b.p Ketua Pengarah,

Jabatan Pendaftaran Negara.

': 03-88807077

6 : 03-88808288

*: pro@jpn.gov.my

s.k.:                 1.     YBhg. Dato’ KPPN

                2.     YBhg. Dato’ TKPPN (O)

                3.     YBrs. Tuan TKPPN (P)

 

 
 

 

Program Mesra Rakyat Dan KABB Daerah Shah Alam
Biro Pengaduan Awam Negeri Selangor akan mengadakan Program MESRA Rakyat dan Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) Daerah Shah Alam seperti ketetapan berikut

Tarikh : 16 Julai 2016 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat : Dewan Bunga Kertas, Seksyen U2, Taman TTDI Jaya, Shah Alam
Perasmian : YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam

 
 
 

 
© 2017. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 with 1024 x 768 resolution