Isnin, 11 Dec 2017
 
 

 

 
 
  BINCANG SEMULA INSENTIF PESAWAH (Utusan Malaysia: 16-01-2017) - MOA

Dengan hormatnya Kementerian merujuk kepada ruangan FORUM di akhbar Utusan Malaysia bertarikh 16 Januari 2017 mengenai BINCANG SEMULA INSENTIF PESAWAH.

Untuk makluman tuan, Insentif Peningkatan Hasil (IPH) tidak diperuntukkan dalam Bajet MOA sejak tahun 2015 kerana kerajaan berpendapat ia perlu dilihat semula keberkesanannya. Kementerian mendapati walaupun insentif ini mula dilaksanakan dan pembayaran IPH dibuat bermula tahun 2008 hingga 2014, peningkatan hasil padi masih tidak konsisten dan kurang memuaskan. Ini bermakna insentif ini dilihat tidak dapat menggalakkan pesawah untuk meningkatkan daya usaha ke arah menambah hasil pendapatan. 

Oleh yang demikian, penyaluran peruntukan IPH kepada BERNAS tidak lagi dibuat kerana tiada peruntukan dikhaskan untuk pembayaran oleh Kementerian Kewangan Malaysia bermula tahun 2015.

Namun sebagai langkah membantu pesawah, Kadar Skim Subsidi Harga Padi (SSHP) telah ditingkatkan daripada RM248.10 kepada RM300.00 per mt mulai tahun 2016. Peningkatan ini dilihat dapat meningkatkan pendapatan petani sekaligus menggalakkan petani untuk berusaha ke arah peningkatan hasil padi.

Nama Pengadu     :         Pesara Masuk Sawah

Kawasan                  :         Sungai Manik 

 

 
 

 

Program Mesra Rakyat Dan KABB Daerah Shah Alam
Biro Pengaduan Awam Negeri Selangor akan mengadakan Program MESRA Rakyat dan Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) Daerah Shah Alam seperti ketetapan berikut

Tarikh : 16 Julai 2016 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat : Dewan Bunga Kertas, Seksyen U2, Taman TTDI Jaya, Shah Alam
Perasmian : YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam

 
 
 

 
© 2017. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 with 1024 x 768 resolution