Rabu, 20 Sep 2017
 
 

 

 
 
  Sawah PAdi Diserang Tikus (Sinar Harian: 30-12-2016) - MOA

Dengan hormatnya Kementerian merujuk kepada ruangan Terengganu di akhbar Sinar Harian bertaikh 30 Disember 2016 mengenai SAWAH PADI DISERANG TIKUS.

Untuk makluman tuan, setelah siasatan dilakukan mendapati seluas lebih kurang 32 hektar sawah padi di Jertih, Besut musnah teruk akibat dari serangan tikus. Serangan tersebut telah memusnahkan sehingga 40% tanaman padi sekaligus menyebabakan pendapatan para pengusaha terjejas teruk.

Sehubungan dengan itu, bagi mengelakkan kejadian berulang pihak Jabatan telah membuat perbincangan dengan para pengusaha dan mengesyorkan supaya langkah-langkah di bawah diambil untuk mengelakkan sebarang kajadian berulang:-

i) Sebagai langkah-langkah pencegahan untuk jangka masa panjang, pihak Jabatan Pertanian Negeri Serdang memohon peruntukan bagi menggantikan Sangkar Burung Pungguk yang rosak.

ii) Penggunaan umpan akan digunakan ketika musim penanaman yang disediakan oleh Jabatan agar kejadian tidak berulang.

iii) Pengusaha dinasihatkan supaya mematuhi jadual penanaman yang disediakan oleh Jabatan agar kejadian tidak berulang.

 

 

 

 
 

 

Program Mesra Rakyat Dan KABB Daerah Shah Alam
Biro Pengaduan Awam Negeri Selangor akan mengadakan Program MESRA Rakyat dan Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) Daerah Shah Alam seperti ketetapan berikut

Tarikh : 16 Julai 2016 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat : Dewan Bunga Kertas, Seksyen U2, Taman TTDI Jaya, Shah Alam
Perasmian : YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam

 
 
 

 
© 2017. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 with 1024 x 768 resolution