Rabu, 18 Oct 2017
 
 

 

 
 
  KAEDAH TABUR TERUS PADI MERUGIKAN (Utusan Malaysia: 16-01-2017) - MOA

MAKLUMBALAS
ARTIKEL “ KAEDAH TABUR TERUS PADI MERUGIKAN”

Mingguan Malaysia 16 Januari 2017

Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) merupakan agensi Kerajaan Persekutuan yang bertanggunjawab menguruskan penanaman padi dua kali setahun di Kawasan Muda seluas 100,658 hektar.

Peladang di Kawasan Muda telah mula menggunakan kaedah tabur terus padi sejak daripada tahun 1980 bagi menggantikan kaedah mencedung yang digunakan sebelum itu. Ini adalah kerana berlaku senario kekurangan tenaga kerja yang meruncing pada ketika itu bagi menjalankan kerja-kerja mencedung.

Perubahan teknologi penanaman padi ini turut melibatkan perubahan teknologi pengurusan tanaman, benih, amalan agronomi, perlindungan tanaman, mekanisasi ladang serta pengurusan pengairan dan saliran yang bertujuan untuk meningkatkan pengeluaran hasil padi dan meningkatkan pendapatan peladang. Ini adalah hasil kajian berterusan daripada pelbagai agensi kerajaan khasnya MARDI.

Sejak daripada tahun 1980 pengeluaran padi di Kawasan Muda telah meningkat daripada purata 4.5 tan sehektar kepada 6.5 tan sehektar pada Msim 1/2015. Hasil pengeluaran padi ini adalah lebih tinggi berbanding kaedah mencedung yang dijalankan sehingga tahun 1970 – an yang mengeluarkan hasil diantara 3.5 tan hingga 4.0 tan sehektar pada ketika itu.

Melalui keadah tabur terus ini, ia dapat mengekalkan kepadatan tanaman yang tinggi selain dapat mengurangkan tenaga buruh seterusnya meningkatkan hasil padi sekitar 5-6 tan per hektar dengan nilai pengeluaran sebanyak hampir 1 juta metrik tan setahun pada 2015. Di samping itu, melalui kaedah tabur terus ini juga, serangan perosak dan penyakit di Kawasan Muda semakin berkurangan sehingga 20% pada tahun 2015. Ini juga adalah dibantu oleh program-program pengembangan berterusan yang jalankan oleh pegawai barisan hadapan MADA.

Kerajaan juga sentiasa komited unuk menambah baik sistem pengairan dan saliran di kawasan sawah padi khasnya di Kawasan Muda. Di dalam program National Key Economic Area (NKEA) EPP10 yang bermula pada tahun 2011 lalu, kerajaan telah memperuntukkan RM2.2 bilion untuk meningkatkan kepadatan infrastruktur daripada 11 meter kepada 30 meter per hektar di 128 blok pengairan melibatkan kawasan seluas 61,569 hektar. Pembangunan ini adalah bertujuan untuk melancarkan lagi proses pengairan dan saliran air ke petak sawah.

MADA sentiasa komited di dalam menjalankan usaha yang berterusan di dalam membimbing peladang menjalankan amalan pertanian baik bagi mencapai visi dan misi untuk meningkatkan pengeluaran padi negara dan meningkatkan pendapatan pendapatan peladang. Sumber makanan yang baik dan berkualiti sentiasa menjadi keutamaan di dalam memastikan kedaulatan makanan negara sentiasa terpelihara. Makanan kita masa depan kita.

 

DATO’ FOUZI BIN ALI
PENGURUS BESAR
LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA (MADA)
fouzi@mada.gov.my/04-7728830

 

 
 

 

Program Mesra Rakyat Dan KABB Daerah Shah Alam
Biro Pengaduan Awam Negeri Selangor akan mengadakan Program MESRA Rakyat dan Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) Daerah Shah Alam seperti ketetapan berikut

Tarikh : 16 Julai 2016 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat : Dewan Bunga Kertas, Seksyen U2, Taman TTDI Jaya, Shah Alam
Perasmian : YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam

 
 
 

 
© 2017. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 with 1024 x 768 resolution