Isnin, 11 Dec 2017
 
 

 

 
 
  LAMBAKAN BERAS TEMPATAN (Sinar Harian: 23-01-2017) - MOA

MAKLUMBALAS AKHBAR SINAR HARIAN

“LAMBAKAN BERAS TEMPATAN”

 

Dengan hormatnya Kementerian merujuk kepada ruangan Edisi Utara di akhbar Sinar Harian bertarikh 23 Januari 2017 mengenai LAMBAKAN BERAS TEMPATAN.

 

Untuk makluman tuan, terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada lambakan beras di kilang-kilang beras tempatan. Antaranya adalah disebabkan oleh musim tuaian padi 2/2016 dan musim 1/2017 yang rapat serta persaingan dengan beras import di pasaran tempatan. Dalam hal ini, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sentiasa mengawal kedudukan beras di peringkat kilang dan sehingga kini keadaannya di paras terkawal.

 

Kementerian juga sentiasa memberi perhatian utama mengenai pembangunan industri beras tempatan terutamanya dalam memastikan nasib petani sentiasa dibela. Sebagai langkah bagi memastikan beras tempatan dapat bersaing di pasaran, Kementerian telah memperkenalkan peraturan penetapan harga beras import perlu dijual lebih tinggi daripada harga beras tempatan di peringkat runcit. Peraturan ini akan digunakan bagi memantau dan mengawal selia pemasaran beras import.

 

Pada masa ini, kemasukan beras import oleh BERNAS adalah bagi menampung kekurangan bekalan beras yang dihasilkan dalam negara dan harga jualan beras import BERNAS di pintu kilang adalah lebih tinggi berbanding harga jualan beras tempatan seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian.

 

Selain itu, bagi menangani isu beras seludup yang didapati memberi persaingan kepada beras tempatan, Kementerian telah menubuhkan pasukan khas membenteras penyeludupan beras dengan kerjasama agensi penguatkuasa lain seperti KASTAM dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) bagi melaksanakan operasi membenteras penyeludupan beras secara bersepadu di pintu-pintu masuk utama negara dan di pelabuhan kemasukan beras utama.

 

Nama Pengadu     :         Mohd Subri Said, Pengerusi Bela Tani

Musonnes Md Radzi, Pengerusi Persatuan Pengilang Beras Melayu Malaysia (PPBMM).

Kawasan                  :         Alor Star, Kedah

 

 

############

 

 

 

 

 

 

 

 

Untuk pertanyaan, sila hubungi:

 

Shamsuddin Bin Ismail

Setiausaha Bahagian Industri Padi dan Beras

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

Tel       : 03-8870 1810/ 1809

 

Mohd Asril Idris

Ketua Komunikasi Korporat

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

013-3448185 / asril@moa.gov.my

 

 

 
 

 

Program Mesra Rakyat Dan KABB Daerah Shah Alam
Biro Pengaduan Awam Negeri Selangor akan mengadakan Program MESRA Rakyat dan Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) Daerah Shah Alam seperti ketetapan berikut

Tarikh : 16 Julai 2016 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat : Dewan Bunga Kertas, Seksyen U2, Taman TTDI Jaya, Shah Alam
Perasmian : YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam

 
 
 

 
© 2017. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 with 1024 x 768 resolution