Khamis, 17 Aug 2017
 
 

 

 
 
  NEKMAT BIDAS KENYATAAN AHLI PARLIMEN KUALA TERENGGANU, DATUK RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH RAJA AHMAD (Utusan Malaysia: 09-05-2017) - MOA

 

NEKMAT BIDAS KENYATAAN AHLI PARLIMEN KUALA TERENGGANU, DATUK RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH RAJA AHMAD

..........................................................................................
 

1.    Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) membidas kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad yang menyatakan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek bersama Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanya bersandiwara  di sebalik kesusahan yang dihadapi rakyat.  

 

2.    NEKMAT sentiasa mengalu-alukan apa sahaja bentuk kerjasama tidak kira daripada parti politik demi untuk kebaikan masyarakat nelayan.

 

3.    Kenyataan Ahli Parlimen Kuala Terengganu tersebut seolah-oleh meremehkan semangat kerjasama dan usaha yang dilakukan ini.

 

4.    Persatuan Nelayan juga amat berterima kasih kepada Kerajaan kerana sentiasa berusaha meningkatkan taraf hidup, kebajikan dan pendapatan nelayan. Subsidi Minyak Diesel yang diberikan Kerajaan amat membantu golongan nelayan untuk mengurangkan  kos operasi turun ke laut untuk menangkap ikan. Selain itu, Elaun Sara Hidup (ESH) yang disalurkan kepada nelayan setiap bulan dapat membantu golongan ini menyara kehidupan seharian selain  Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), insentif hasil tangkapan ikan,  projek khas perumahan nelayan dan lain-lain lagi.

 

5.    Semua bentuk bantuan ini jelas menunjukkan bahawa Kerajaan sentiasa komited dan serius membantu masyarakat nelayan dan bukan mainan sandiwara yang tidak sesuai dalam situasi politik negara sekarang. Pemikiran masyarakat nelayan sekarang lebih matang yang boleh memikirkan yang mana benar dan yang baik untuk mereka.

 

6.    Dalam hal penguatkuasaan kawasan perairan negara pula, Persatuan Nelayan percaya bahawa agensi-agensi berkaitan seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Perikanan Malaysia yang sentiasa melalukan yang terbaik untuk melindungi sumber kita daripada dicerobohi oleh nelayan asing.

 

7.    Ahli Parlimen Kuala Terengganu sebelum ini telah menghina golongan nelayan dengan kenyataan beliau bahawa purata pendapatan nelayan adalah RM400 sebulan.

 

8.    Adalah tidak munasabah bagi nelayan yang konsisten turun ke laut untuk mendapat hanya RM13 sehari. Selain itu, pendapatan nelayan semakin naik sejak harga ikan meningkat tinggi dan permintaan hasil laut naik sejak akhir-akhir ini.

 

9.    Kenyataan-kenyataan ini menggambarkan bahawa beliau sengaja merendahkan taraf golongan tersebut untuk mendapat populariti.

 

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

 

 

     YBRS ENCIK AHMAD RUDIN BIN HUSSAIN

     Pengerusi

     Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT)

     ahmadrudinhussain@gmail.com

     03-6136 1808

 

 
 

 

Program Mesra Rakyat Dan KABB Daerah Shah Alam
Biro Pengaduan Awam Negeri Selangor akan mengadakan Program MESRA Rakyat dan Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) Daerah Shah Alam seperti ketetapan berikut

Tarikh : 16 Julai 2016 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat : Dewan Bunga Kertas, Seksyen U2, Taman TTDI Jaya, Shah Alam
Perasmian : YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam

 
 
 

 
© 2017. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 with 1024 x 768 resolution