Rabu, 20 Sep 2017
 
 

 

 
 
  3,000 BELIA DISASARKAN SEBAGAI PENERAJU INDUSTRI PERTANIAN NEGARA - MOA

Pulai, 22 April 2017 – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) mensasarkan untuk melahirkan 3000 orang usahawan belia dalam bidang agromakanan tahun ini menerusi Program Agropreneur Muda.

Menurut Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, sebanyak RM100 juta telah diperuntukkan melalui pembentangan bajet 2017 oleh Perdana Menteri bagi mencapai matlamat program ini.

Dalam usaha kementerian untuk menjamin kelangsungan masa depan sektor pertanian serta kedaulatan makanan negara dan menjana ekonomi belia, penglibatan para belia dalam sektor pertanian didapati perlu untuk menyokong usaha tersebut. Kajian mendapati lebih daripada 60% yang terlibat dalam sektor pertanian berusia 50 tahun dan ke atas.

Ahmad Shabery berkata, “Program Agropreneur muda ini boleh menjana pendapatan dan mewujudkan peluang pekerjaan kepada para belia di samping menarik minat mereka untuk menceburi bidang pertanian.”

Katanya lagi, pada tahun ini, seramai 420 Agropreneur Muda dari seluruh negara telah menerima bantuan melalui program ini berjumlah RM7.02 juta dan seramai 38 agropreneur muda dari negeri Johor telah menerima bantuan berjumlah RM585,000. Manakala, bagi Pulai pula khususnya, seramai 32 Agropreneur Muda telah mendapat bantuan sebanyak RM585,000.

Sejak program ini diperkenalkan pada tahun 2013, seramai 2,452 Agropreneur Muda telah mendapat manfaatnya yang berjumlah RM69.9 juta. Bagi negeri Johor, seramai 183 Agropreneur Muda telah mendapat bantuan sejumlah Rm5.39 juta.

Ahmad Shabery ditemui selepas merasmikan Program Jelajah Tani Negaraku di Dewan Tan Sri Mohamad Rahmat, Pulai hari ini berkata acara ini merupakan sebuah medium yang dapat menarik minat belia ke arah pertanian. Ia telah dihadiri oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Pulai, YB Datuk Nur Jazlan Mohamed dan juga Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Dr. Ismail Hj. Bakar. Seramai 2500 orang telah membanjiri program ini.


Antara pengisian program Jelajah Tani Negaraku ini ialah penyerahan geran Agropreneur Muda, Penyerahan cek TEKUN, Penyerahan Cek Temanita, Penyerahan Elaun Sara Hidup Nelayan, gerai lelongan nenas dan hasil laut serta gerai jualan.

 

#####

 

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

 

Mohd Asril Idris

Ketua Komunikasi Korporat

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

asril@moa.gov.my , 013-3448185

 

Rezal bin Hj. Zaidi

Pengarah

Unit Agropreneur Muda dan Strategi Laut Biru Kebangsaan

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

rezal@moa.gov.my, 012-3905720

 

 
 

 

Program Mesra Rakyat Dan KABB Daerah Shah Alam
Biro Pengaduan Awam Negeri Selangor akan mengadakan Program MESRA Rakyat dan Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) Daerah Shah Alam seperti ketetapan berikut

Tarikh : 16 Julai 2016 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat : Dewan Bunga Kertas, Seksyen U2, Taman TTDI Jaya, Shah Alam
Perasmian : YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam

 
 
 

 
© 2017. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 with 1024 x 768 resolution