Rabu, 18 Oct 2017
 
 

 

 
 
  NEKMAT TINGKATKAN STOK PENYIMPANAN IKAN  - MOA

1.   Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) menyambut baik saranan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ,          Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman untuk menyediakan stok bekalan ikan yang mencukupi bagi menampung keperluan terutamanya pada musim tengkujuh dan seterusnya mengelakkan harga ikan melambung tinggi.

2.   NEKMAT, Persatuan Nelayan Negeri (PNN) / Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) akan bekerjasama dengan LKIM untuk memastikan bekalan ikan mencukupi terutama di musim tengkujuh dan sepanjang tahun dengan menggunakan rangkaian dan kemudahan sediada oleh Persatuan Nelayan seperti Stok Penyimpanan Ikan di Taman Wahyu, Kuala Lumpur, Kuala Kedah, Kedah dan Besut Terengganu.

3.   Bagi menampung keperluan ikan kepada pengguna, NEKMAT akan meningkatkan penyimpanan stok bekalan ikan khususnya ikan kembong semasa musim tangkapan tinggi pada bulan Jun ke bulan September supaya dapat menampung keperluan semasa tangkapan rendah pada bulan November hingga Mac.   

4.   Pengaktifan pengedaran stok simpanan ikan segar sejuk beku Q’Fish khususnya ikan kembong adalah salah satu alternatif kepada pengguna selain bagi mengatasi kekurangan bekalan ikan yang menyebabkan harganya melambung akhir-akhir ini. Inisiatif yang dilakukan bersama LKIM ini menawarkan pelbagai pilihan ikan Q’Fish seperti kembung, selar, selayang (sardin), dan cencaru.  

5.   NEKMAT bersedia bekerjasama dengan LKIM menyelaras PNN / PNK agar berperanan membeli ikan daripada NEKMAT dan dijual di peringkat kawasan masing-masing.

 

    Sebarang pertanyaan boleh hubungi NEKMAT di talian 03-61361808

     YBRS ENCIK AHMAD RUDIN BIN HUSSAIN

     Pengerusi

     Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT)

 

 
 

 

Program Mesra Rakyat Dan KABB Daerah Shah Alam
Biro Pengaduan Awam Negeri Selangor akan mengadakan Program MESRA Rakyat dan Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) Daerah Shah Alam seperti ketetapan berikut

Tarikh : 16 Julai 2016 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat : Dewan Bunga Kertas, Seksyen U2, Taman TTDI Jaya, Shah Alam
Perasmian : YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam

 
 
 

 
© 2017. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 with 1024 x 768 resolution