Rabu, 18 Oct 2017
 
 

 

 
 
  LKIM DAN NEKMAT USAHA KAWAL BEKALAN IKAN - MOA

Dalam situasi bencana terutama musim tengkujuh, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) sentiasa memantau aktiviti pendaratan ikan yang mempunyai kesan kepada bekalan ikan dalam pasaran. Pendaratan ikan yang diisytiharkan bagi tiga bulan terakhir tahun 2016 dilihat mengalami penurunan daripada 68,400 tan metrik pada bulan Oktober, 67,029 tan metrik pada bulan November dan 62,758 tan metrik pada bulan Disember. Ianya adalah berkaitan faktor cuaca yang menghalang nelayan untuk turun ke laut pada waktu-waktu tertentu.

Untuk mengimbangi kekurangan bekalan ikan segar ini, LKIM dan NEKMAT telah mengambil langkah dengan mengaktifkan dan mengedarkan stok simpanan ikan segar beku sebagai alternatif kepada pengguna. 

Bekalan stok simpanan ikan segar sejuk beku adalah sebanyak 145 tan metrik. Antara spesies ikan yang terdapat di stok simpanan adalah kembong, selayang, cencaru, selar dan pelaling yang merupakan antara 20 spesies pilihan rakyat Malaysia. Setakat ini, 3 tan metrik telah dihantar ke beberapa lokasi, mengikut permintaan yang diterima.

Pengguna dan peniaga boleh mendapatkan bekalan ikan sejuk beku ini menerusi 88 persatuan nelayan di kawasan masing-masing, atau menghubungi terus NEKMAT di talian 03–61361808 atau 019 – 3838776. 

Langkah kedua yang diambil oleh LKIM adalah dengan melaksanakan larangan eksport beberapa spesis ikan bagi tujuan memastikan bekalan ikan dalam negara mencukupi. Larangan ini berkuatkuasa mulai 1 Disember 2016 sehingga 28 Februari 2017. Spesis yang dilarang dibawa ke luar negara dalam bentuk segar adalah ikan kembung, selar, selayang, pelaling, bawal putih dan udang putih.

 

LEMBAGA KEMAJUAN IKAN MALAYSIA

Hubungi:

Cik Intan Suhaila Othman,

Ketua Unit Komunikasi Korporat

Tel : 012-2959358

 

Encik Norizaman bin Haji Ghazali,

Pengurus Besar NEKMAT

Tel : 019-3831963

 

Encik Azrin Shah bin Ismail,

Timbalan Pengurus Besar NEKMAT

Tel : 019-2780165

 

 

 
 

 

Program Mesra Rakyat Dan KABB Daerah Shah Alam
Biro Pengaduan Awam Negeri Selangor akan mengadakan Program MESRA Rakyat dan Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) Daerah Shah Alam seperti ketetapan berikut

Tarikh : 16 Julai 2016 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat : Dewan Bunga Kertas, Seksyen U2, Taman TTDI Jaya, Shah Alam
Perasmian : YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam

 
 
 

 
© 2017. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 with 1024 x 768 resolution