Isnin, 11 Dec 2017
 
 

 

 
 
  MAKLUM BALAS ADUAN AKHBAR NEW SARAWAK TRIBUNE BERTAJUK "PENAN CHRISTIAN WRONGLY REGISTERED AS A MUSLIM" BERTARIKH 28 SEPTEMBER 2017, KHAMIS M.S: 7 (New Sarawak Tribune: 28-09-2017) - MOHA

Ruj. Kami: JPN.PT:163/2/3/1 Klt.36 (68)

Tarikh: 2 Oktober 2017

Ketua Pengarang,

New Sarawak Tribune,

Tuan,

MAKLUM BALAS ADUAN AKHBAR NEW SARAWAK TRIBUNE BERTAJUK “PENAN CHRISTIAN WRONGLY REGISTERED AS A MUSLIM” BERTARIKH 28 SEPTEMBER 2017, KHAMIS – M.S: 7

Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada aduan mengenai perkara di atas.

2.     Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ingin menjelaskan isu yang diutarakan oleh tiga (3) penama berkaitan permasalahan dokumen pengenalan diri mereka.

3.     Ingin dimaklumkan, bagi penama Solan Melai yang mendakwa tiga (3) anak beliau tiada dokumen pengenalan diri kerana beliau tidak mempunyai sijil kelahiran. Beliau telah mengemukakn permohonan Pendaftaran Lewat Kelahiran bagi anak-anak beliau pada bulan Mac 2017 di JPN Marudi. Walau bagaimanapun, permohonan tersebut masih dalam tindakan JPN kerana perlu menunggu surat pengesahan daripada agensi lain.

4.     Bagi penama Tebuk Bajang, semakan mendapati nama yang didaftarkan pada kad pengenalan dan sijil kelahiran adalah sama bukan seperti yang didakwa beliau. Hasil semakan juga mendapati beliau hanya mengemukakan permohonan pindaan sijil kelahiran bagi anak beliau dan permohonan tersebut telah selesai diproses oleh JPN. Walau bagaimanapun, sehinggan kini penama belum hadir ke JPN Marudi bagi mendapatkan sijil kelahiran anaknya yang baharu.

5.     Ingin dijelaskan, bagi penama Pusa Luding beliau telah membuat gantian kad pengenalan melalui Unit Khas Bergerak (UKB) Miri pada               5 Disember 2013 dan telah memohon pertukaran pusat kutipan daripada JPN Miri ke JPN Marudi. Beliau telah dimaklumkan secara bersurat bagi mengutip kad pengenalan tersebut pada 28 Januari 2015 dan turut dimaklumkan melalui Penghulu Kawasan John Bong namun kad tersebut tidak dikutip pengadu. Pada 7 Disember 2016 kad tersebut telah dilupuskan dan dikategorikan sebagai kad tidak dituntut kerana telah melebihi tempoh 36 bulan daripada tarikh permohonan dikemukakan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

 

 

(FARA MAYA BINTI AHMAD JELANI)

Pegawai Perhubungan Awam,

b.p Ketua Pengarah,

Jabatan Pendaftaran Negara

No. Tel.: 03-88807077

Faks  : 03-88808288

E-mel: pro@jpn.gov.my

s.k.:                 1.     YBhg. Dato’ KPPN

                2.     YBhg. Dato’ TKPPN (O)

 

 
 

 

Program Mesra Rakyat Dan KABB Daerah Shah Alam
Biro Pengaduan Awam Negeri Selangor akan mengadakan Program MESRA Rakyat dan Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) Daerah Shah Alam seperti ketetapan berikut

Tarikh : 16 Julai 2016 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat : Dewan Bunga Kertas, Seksyen U2, Taman TTDI Jaya, Shah Alam
Perasmian : YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam

 
 
 

 
© 2017. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 with 1024 x 768 resolution