Isnin, 11 Dec 2017
 
 

 

 
 
  MAKLUM BALAS ADUAN AKHBAR HARIAN METRO "APABILA WAJAH HALANG IDENTITI" BERTARIKH 2 OKTOBER 2017, ISNIN M.S: 2 (TENGAH) (Harian Metro: 02-10-2017) - MOHA

Ruj. Kami   : JPN.PT:163/2/3/1 Klt.36 (69)

Tarikh         : 4 Oktober 2017

 

Ketua Pengarang,

Harian Metro,

 

Tuan,

MAKLUM BALAS ADUAN AKHBAR HARIAN METRO “APABILA WAJAH HALANG IDENTITI” BERTARIKH 2 OKTOBER 2017, ISNIN – M.S: 2 (TENGAH)

Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada aduan mengenai perkara di atas.

2.     Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ingin menjelaskan isu yang diutarakan oleh Encik Tang Woon Seng berkaitan kad pengenalan beliau.

3.     Ingin dijelaskan, pada 06.12.1983 pengadu telah didaftarkan kelahirannya di Balai Polis Tanah Merah, Port Dickson dan telah dikeluarkan dengan sijil kelahiran bertaraf warganegara Malaysia serta MyKad. Walau bagaimanapun, semasa beliau membuat permohonan pendaftaran perkahwinan di JPN semakan rekod mendapati terdapat kekeliruan fakta pada sijil kelahiran dikemukakan pengadu.

4.     Ingin dimaklumkan, kes pengadu telah disiasat oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan (BSK), JPN Putrajaya dan mendapati ibu bapa angkat pengadu telah memberi maklumat palsu dengan mengaku sebagai ibu kandung beliau semasa mendaftarkan kelahiran.

5.     Sehubungan itu, pengadu telah mengemukakan permohonan pindaan butiran pada sijil kelahiran dengan mengeluarkan maklumat ibu bapa pengadu. Beliau telah dikeluarkan dengan kad pengenalan Pemastautin Sementara (MyKas) pada 03.03.2005.

6.     Bagi kes anak pengadu, JPN ingin memaklumkan bahawa penentuan taraf bagi kanak-kanak yang didaftarkan di bawah Seksyen 13 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299) adalah mengikut taraf kewarganegaraan ibu. Oleh yang demikian, taraf warganegara kanak-kanak tersebut adalah mengikut ibu kandungnya iaitu berstatus warganegara Indonesia.

Sekian, terima kasih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menurut perintah,

 

 

 

(FARA MAYA BINTI AHMAD JELANI)

Pegawai Perhubungan Awam,

b.p Ketua Pengarah,

Jabatan Pendaftaran Negara

No. Tel: 03-88807077

Faks  : 03-88808288

e-mel: pro@jpn.gov.my

s.k.:                 1.     YBhg. Dato’ KPPN

                2.     YBhg. Dato’ TKPPN (O)

 

 
 

 

Program Mesra Rakyat Dan KABB Daerah Shah Alam
Biro Pengaduan Awam Negeri Selangor akan mengadakan Program MESRA Rakyat dan Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) Daerah Shah Alam seperti ketetapan berikut

Tarikh : 16 Julai 2016 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat : Dewan Bunga Kertas, Seksyen U2, Taman TTDI Jaya, Shah Alam
Perasmian : YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam

 
 
 

 
© 2017. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 with 1024 x 768 resolution