Isnin, 20 Nov 2017
 
 

 

 
 
  MAKLUM BALAS ADUAN AKHBAR HARIAN METRO BERTAJUK “SEMBILAN KALI MASUK LOKAP” BERTARIKH 1 OKTOBER 2017, AHAD – M.S: 2 (SETEMPAT) (Harian Metro: 01-10-2017) - MOHA

Ruj. Kami : JPN.PT:163/2/3/1 Klt.36 (72)

Tarikh   : 4 Oktober 2017

 

Ketua Pengarang,

Harian Metro,

 

Tuan,

 

MAKLUM BALAS ADUAN AKHBAR HARIAN METRO BERTAJUK “SEMBILAN KALI MASUK LOKAP” BERTARIKH 1 OKTOBER 2017, AHAD – M.S: 2 (SETEMPAT)

 

Dengan segala hormatnya, saya merujuk kepada aduan mengenai perkara di atas.

 

2.       Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ingin menjelaskan isu yang diutarakan oleh Encik Mohd Razali Abdullah berkaitan masalah dokumentasi diri beliau.

 

3.       Ingin dijelaskan, pada 02.10.2017 JPN Terengganu telah hadir ke rumah pengadu bagi mendapatkan penjelasan lanjut berkaitan aduan beliau. Hasil semakan mendapati, bapa pengadu pernah mengemukakan permohonan pendaftaran lewat kelahiran pengadu pada tahun 1998 dan pada tahun 2008/2009 pengadu sendiri telah hadir ke JPN Terengganu bagi membuat permohonan yang sama.

 

4.       Walau bagaimanapun, kesemua permohonan tersebut tidak dapat diproses kerana dokumen yang dikemukakan pengadu tidak lengkap. Sehubungan itu, dipohon kerjasama serius daripada pengadu untuk melengkapkan dokumen yang diperlukan agar pihak JPN dapat memproses permohonan tersebut berdasarkan peraturan yang sedia ada.

 

Sekian, terima kasih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

Saya yang menurut perintah,

 

 

 

(FARA MAYA BINTI AHMAD JELANI)

Pegawai Perhubungan Awam,

b.p Ketua Pengarah,

Jabatan Pendaftaran Negara

': 03-88807077

6  : 03-88808288

*: pro@jpn.gov.my

s.k.:            1.       YBhg. Dato’ KPPN

                   2.       YBhg. Dato’ TKPPN (O)

 

 
 

 

Program Mesra Rakyat Dan KABB Daerah Shah Alam
Biro Pengaduan Awam Negeri Selangor akan mengadakan Program MESRA Rakyat dan Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) Daerah Shah Alam seperti ketetapan berikut

Tarikh : 16 Julai 2016 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat : Dewan Bunga Kertas, Seksyen U2, Taman TTDI Jaya, Shah Alam
Perasmian : YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam

 
 
 

 
© 2017. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 with 1024 x 768 resolution