Isnin, 26 Feb 2018
 
 

 

 
 
  MAKLUM BALAS ADUAN MEDIA 02/18: UiTM Rembau tak cukup makanan?, Utusan Malaysia, m/s 12, 17 Januari 2018 (Rabu) (Utusan Malaysia: 17-01-2018) - MOHE

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak pengurusan kampus telah megarahkan lima gerai beroperasi sepenuhnya dan memperbanyakkan lagi jumlah menu. Selain itu, pihak pengurusan kampus juga telah meluluskan pemasangan mesin layan diri di enam lokasi sekitar kampus. Empat lagi ruang niaga baharu yang akan diusahakan oleh persatuan pelajar juga telah diluluskan bagi menambah pilihan untuk warga kampus. Pihak universiti juga sedang menjalankan perbincangan dengan pengusaha pasar malam bagi menambah kekerapan kepada dua kali seminggu di kawasan berhampiran kampus trersebut. Bagi memastikan capaian jaringan internet yang lebih laju dan responsif di kampus UiTM Rembau, pihak pengurusan kini di peringkat akhir pemasangan pencawang sementara yang dijangka akan mula beroperasi pada 1 Februari 2018 sementara menunggu pembinaan pencawng tetap. Kekurangan infrastruktur internet dan telekomunikasi yang dihadapi oleh warga kampus ini turut dialami di kawasan setempat yang berhampiran khususnya di mukim Pilin dan mukim Kundur. Sebuah mesin juruwang automatik (ATM) Bank Islam dijangka mula beroperasi pada 18 Januari 2018. Pihak universiti sentiasa prihatin dan mengambil langkah - langkah proaktif dalam memastikan kesejahteraan dan kebajikan warganya.

 

 
 

 

Program Mesra Rakyat Dan KABB Daerah Shah Alam
Biro Pengaduan Awam Negeri Selangor akan mengadakan Program MESRA Rakyat dan Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) Daerah Shah Alam seperti ketetapan berikut

Tarikh : 16 Julai 2016 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi hingga 2.00 petang
Tempat : Dewan Bunga Kertas, Seksyen U2, Taman TTDI Jaya, Shah Alam
Perasmian : YBhg. Datuk Harjeet Singh, Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam

 
 
 

 
© 2018. All Rights Reserved. Disclaimer | Privacy Policy | Security Policy
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA.
Best viewed in Firefox 3.0 & Internet Explorer 7.0 with 1024 x 768 resolution