Sukacita dimaklumkan bahawa Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perdana Menteri akan menganjurkan beberapa program proaktif seperti maklumat [ klik di sini ]
|
Biro Pengaduan
Awam Melaka/Negeri Sembilan,
Jabatan Perdana Menteri akan
menganjurkan program Kaunter
Aduan Bergerak Bersepadu (KABB)
di Tempat Parkir Giant
Superstore Lukut, Negeri
Sembilan pada 8 Jun 2013 mulai
jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang.
Sebanyak 27 kaunter pelbagai
agensi kerajaan negeri, agensi
persekutuan dan badan berkanun
disediakan untuk para hadirin
mengemukakan sebarang aduan,
pertanyaan dan cadangan. Antara
agensi yang dijemput dalam
program ini adalah Jabatan Kerja
Raya, Jabatan Kebajikan
Masyarakat, Pejabat Kesihatan,
Jabatan Pendaftaran Negara Dan
Pejabat Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi Dan Kepenggunaan Port
Dickson.
Sebarang maklumat atau
pertanyaan lanjut, orang ramai
boleh menghubungi Encik Mohd
Faisal di talian 06-234 5890
atau emel ke
faisal@pcb.gov.my .
|